Monday, 24 October 2011

Yok Bandung Yok bersama Haiza..Hari Kedua

Reactions: 
Hari kedua...kitaorang nak pergi satu tempat yang harus dilawati iaitu Tangkuban Perahu.Perjalanan menggunakan bas kira2 mengambil masa satu jam lebih ini disebabkan jalan nya yg bengkang bengkok sambil menikmati cuacanya yg agak dingin. Sepanjang perjalanan ke sana, byk permandangan yg mengkagumkan...


 Pelik tapi benar.....kubur dlm kawasan rumah ke rumah dikawasan perkuburan..mmmm


Sebelum sampai kat sana, DZ secara peribadi beranggapan tempat tu sejuk ala2 Genting Highland. Tapi bila dah sampai kat sana, tak lah sesejuk kat Genting Highland melainkan kalau waktu hujan. Pakai t-shirt biasa memang dah mencukupi lar.....
Nampak tak abang2 yang pakai jaket tu....Jgn terperanjat atau marah kalau mereka asyik mengekori kita kerana sememangnya itu lah mata pencarian mereka. Mereka akan kata "kak/abang...beli lar..buat pecah telur.." Bila kita dah beli, kira "telur" dah pecah lar..hehehe...Dah tentu harga mereka berlainan. Kalau kita terbeli yg agak mahal dari orang lain, anggap lah ia satu sedekah. Itu lah pesan Pak Asep pada kitaorang ( saya pun terkena. Orang lain beli seratus ribu rupiah tapi saya dapat seratus lima puluh ribu rupiah ). Ingat, tak perlu marah2...

Inilah Tangkuban Perahu .Asalnya mula terjadinya gunung ini ialah dari sebuah kisah rakyat iaitu kisah Sangkuriang. Di kawasan ini terdapat tiga kawah yang agak menarik utk dilawati ( menurut Pak Asep lar ) iaitu Kawah Domas, Kawah Ratu dan Kawah Upas. Oleh kerana masa tak banyak utk kitaorang, jadi kitaorang cuma berada kawasan2 yg terdekat je.


Jangan mare aaaa...

Sini pun ada jual Siomay....Siu Mai bagi kita lar..Tapi tak berani nak cuba :)


Mcm sedap jer kan....

Kalau ambik gmbr, hati2..jgn syok sendiri. Tinggi tu....

 Comel kasut2 ni...menyesal pula tak beli utk anak buah...
Kreatif nya diaorang...



 Tak sempat nak merasa Bandrek...teh halia...
Boleh cuba strawberry nya yg manis....sedap...
Selepas penat dan tangkap gmbr kat kawasan Tangkuban Perahu, kitaorang nak survey dulu kat Pasar Baru tapi sebelum tu kitaorang nak gi makan kat Restoran Sederhana..

Ladang Teh


Inilah Restoran Sederhana

Salah satu murtabak yang ada kat sana. Lupa pula namanya tapi sedap...crispy dan manis

Makanan Padang menjadi pilihan

Lepas makan tengahari, kitaorang pergi ke Pasar Baru. Sepanjang perjalanan tentu akan melintasi kawasan ni . Terdapat hero2 kartun seperti Spiderman, Superman, Batman, Rambo.....

Yes...ini yg betul2 bukan mainan...



Macettttt......



Inilah pintu masuk ke Pasar Baru. Masa tu kitaorang kononnya nak buat survey lar sebab esok nak datang balik. Disini lah kisah lucu bermula..hehehehe hanya kitaorang jer yg tau..


Banyak lagi yg boleh didapati kat dlm Pasar Baru ni

Selepas Pasar Baru, kitaorang gi Toko 3 pula....

Dlm menunggu kakak2 dan makcik2 shopping kat Toko 3 tiba2 kitaorang dikejutkan dgn kehadiran 2 orang jejaka yg kononnya menghiburkan kitaorang. Tapi....

Kitaorang pula yang seolah2 menghiburkan dorang. Ditambah kak Amy yang baru beli gelang baru.. Last2 soalan ni ditujukan pada 2 orang tu "anda terhibur tak....?" haha siapa yang menghiburkan siapa ni...

Inilah Rumah Mode. Memang berbaloi shopping kat factory outlet ni. Harganya sangat murah. Harganya half price berbanding dengan yg kat shopping mall. Qualitynya boleh tahan juga.


Inilah persinggahan kita seterusnya selepas shopping. Apa lagi, isi perut ler kat Restoran Sangkuriang. Di sini baru dpt merasa lempeng goreng. Sedap juga....selalunya saya tak berapa makan lempeng ni. Tapi malam tu, sedap sangat lar.

Posing sebelum makan, mmg dah hobi time tu lar


Selepas makan , kitaorang pun pergi meringankan badan dengan berurut kat rumah urut Zen yang letaknya kira2 5 minit jln kaki dari hotel Sukajadi tempat kitaorang menginap. Masa tu , DZ urut kaki selama sejam dengan harga 50 ribu rupiah ( BN7.35 atau RM17.64 ). Memang relax habis lar...baring sambil tengok tv sebab semua kerusi dilengkapi tv. Tu yang sampai berdengkur tu...walaupun...hahaha.

Oklah, itulah aktiviti kitaorang pada Kedua. Esoknya kitaorang nak gi indoor theme park yang terbesar..Tunggu


2 comments:

Anonymous said...

TQ deezou for d sypnosisl

pandakecik said...

your welcome :)