Friday 21 October 2011

Yok Bandung Yok bersama Haiza..Hari Pertama

Kali ni DZ nak share pengalaman bercuti ke Bandung bersama Haiza ( Haiza dag dig dug tu ler...) dan rakan2 yang lain anjuran My Own Entertainment and Management dan Plus and Plus travel & tours selama 4 hari 3 malam bermula 01 Oktober 2011.

Pada 01 Oktober 2011, jam 1230tengahari dah terpacak kat LCCT tunggu geng2 baru termasuk kak Mazita, dari Plus and Plus Travel & tours.....Yg ditunggu2 akhirnya dah sampai tapi.....baru teringat, Siput 1 dan Siput 2 pun dtg lambat time tu..siapa mereka, biarlah rahsia hahahaha...

Penerbangan dari LCCT ke Bandung mengambil masa 2 jam ( lebih 10-20 minit ). Sampai di Bandara Husein Sastranegara Bandung ( kitaorang sebut Lapangan terbang Husien Sastranegara Bandung ) 1635 WIB, kami disambut oleh Pak Asep selaku tour guide kitaorang masa tu. Tapi sebelum naik bas, kitaorang sempat ambik gmbr kat sekitar Bandara tu..

Cuba tengok kat kerusi tu, ada bungkusan kecilkan...Entah siapa kah yg tertinggal duit dia. Salah seorang daripada kitaorang jumpa dan derma kan pada yang lebih memerlukan.


Ini lah rombongan Yok Bandung Yok bersama Haiza...14 orang

Inilah Pak Asep.....sedang sibuk menerangkan tentang sejarah2 kat Bandung dan keadaan sekeliling. Oleh kerana sibuk nak mendengar dan ambik gmbr ( walaupun ISO camera lupa nak adjust ) maka tak banyak gmbr dan info yg dapat DZ nak kongsikan sepanjang perjalanan kitaorang ke hotel. Buku catatan pun tak bawa...adoiyaiii....so tak byk sangat info nak share pada hari pertama.

Kalau ikutkan tak lah jauh sangat dari airport ke hotel tempat kitaorang tinggal, dek kerana "macet" ( traffic jammed ), al maklum hujung minggu, orang2 dari Jakarta pun ramai yang datang bercuti dan shopping. Tapi traffic jammed tak lah seteruk kat Jakarta maupun Philippines tapi cara diaorang memandu, dahsyat oooo mcm ceta dialog dari sebuah program game show bersama zizan rajalawak " bersedia ataupun tidak, BOLOS saja dinding itu..." Selepas sejam lebih kitaorang pun sampai kat hotel...


Nak jadi apa, tatau lar tapi inilah dia SUKAJADI HOTEL...


Luaran dia memang cantik, tapi dalaman agak out sikit tapi tetap bersih cuma...mmm...dlm bilik DZ ni ada nyamuk dan cicak.....tapi tak kisah lah, sepanjang berada kat sana, memang sangat memenatkan. Mlm tak tau apa2 dah, letih sangat.




Salah satu perhiasan kat ruangan lobi menjadi kegemaran Dz masa tu...

Lepas check in, kitaorang gi makan malam. Restaurant pertama, kitaorang pergi Restaurant Sapulidi ...lupa pula kat area mana. Tapi tempat tu memang best lar, ala2 makan kat tepi sawah.



Inilah lauk pauk kitaorang masa tu....cuma ingat sate ayam dan ikan goreng tu diaorang panggil "penunggu sawah" tapi dap dap dap ( sedap ) sangat...yg lain tu, tak ingat namanya...Ada yang sampai tambah nasi sampai 3 kali...haha mcm ada belaan jer..hehehe. Apa2 pun, two thumbs up!!!! Tak lupa juga, masa tu ada besday gurl...siapa lagi Ibu Halimah, boss Jamu Mak Dara tu.....

Alalala hai...tomey nyer.....Happy Birthday Ibu..

Lepas makan, ambik gmbr, kitaorang gi window shopping kat entrance sblum ruang makan ni....Byk makanan2 tempatan yg ada kat sini. Memang lah kita tak biasa dengan rasa makanan2 ringan diaorang tapi tak salah mencuba. Banyak2 yg ada kat sini, DZ suka pisang salainya...sedap. Manis2 dan keras...yg pakai gigi palsu tu, dinasihatkan jgn mencuba. Try at your own risk, kata omputih..hehe *rugi tak cuba sebab sedap ^_^






Bk juga barang2 yang ada kat sini. Sesuai utk membeli barang2 kraftangan buatan tempat.
Ok, balik dari Sapulidi, kitaorang pergi jalan2 kat Paris Van Java yg agak popular kat sana ( org2 dari Jakarta suka lepak kat sana ). Personally, Dz rasa shopping complex ni agak biasa2 sebab kat Kuala Lumpur banyak tempat shopping macam ni. Sini terdapat Sogo sebagaimana kat Kuala Lumpur tetapi tak salah kita pergi tempat ni. Mungkin apa yg kita nak boleh jumpa kat situ, cuci mata pun ok gak....suka lah tu!!! Sori yer, tak dpt nak share gmbr kat Paris Van Java ni sebab quality gmbr agak kurang memuaskan ( lupa set ISO tu yg gelap semacam tu ). Lepas tu kitaorang jln kaki balik ke hotel kerana jaraknya agak2 dlm 10-15 minit jalan kaki. Dekat jer....Ok lah, nanti DZ share aktiviti2 utk hari ke -2 pula...Yok Bandung Yok bersama Haiza

2 comments:

Anonymous said...

Deezoul
Well done

Alif said...

overall nampak barangan dan presentation diorang nampak unik..

regard,
ammibear.com