Tuesday 27 September 2011

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri

 Hello ...sihat ker???? Best tak raya? Dah lama rasanya saya "berehat" sehingga blog yg tak seberapa ni pun lama tak update... Ok, ni nak kongsi satu tempat tuuu kat sebelah nun, negara jiran, Miri Sarawak.....ada tempat best wooo.. Borneo Tropical Rainforest Resort....yes, resort, bukan shopping mall. Sekali sekala kita spending utk aktiviti2 lasak mcm team building ni best juga kan. Bulan lepas saya berkesempatan ke sana bersama dgn seorang kawan utk membuat tinjuan dan yg penting klik2, khas utk dikongsikan dgn engkorang yg berminat. Perjalanan mengambil masa kira2 45minit dari  bandar Miri ( naik Honda CRV...ada akon lagi hehehe) iaitu 36km dengan melalui Jalan Miri-Bintulu. Sepanjang perjalanan, agak tertarik dengan suasana kehidupan orang2 kat sana tapi yg tak bestnya tak nampak pun rumah panjang bagi suku kaum Iban, dah lama tak tengok.

Dari jauh kitaorang nampak sebuah tempat yg seperti taman ( seperti dibawah ni )


tapi rupa2nya...Golden Hill Memorial Park...memang park pun tapi tetap cantik dan tersusun...


Sebelum melepasi Lambir National Park, you all akan nampak signboard resort seperti tertera kat bawah ni..jgn terlajak ke Bintulu dah ler..



Ha, belum sampai lagi...kena drive 15 minit lagi ke dalam sampai lah korang nampak pokok besar kat bawah ni. Betapa keciknya model saya time tu jika nak dibandingkan dengan pokok tu...
Kat sebelah kiri , adalah tempat makan yang menyajikan makanan2 yg biasa korang mkn mcm sweet and sour, masak kicap...ada mee, cendol dan lain2 lagi. Kalau ambil group pakej, mungkin dapat minta makanan2 ala2 kampung...tentang tu,kena tanya kat kaunter ler.. Dah makan, jom gi tempat check in...

Bangunan ni letaknya tempat check in, dewan sebarguna, dan ada laluan ke tempat chalet dan hotelnya...p/s: tengok tu,BMW pun boleh sampai ke tempat ni.....
Jom layan gmbr2 kat bawah ni....


Yang paling saya suka.....


 Yg ni tentu you all suka...pekerja2 kat resort ni...hehehe boleh percaya ker??? Kena find out

So, kalau u all nak organize team building, boleh cuba tempat ni sebab ada aktiviti2 best mcmkayak, flying fox, hanging bridge, memancing, memanah, mandi2 kat air terjun dan banyak lagi... Nak lebih lanjut atau nak book, sila layari http://www.borneorainforestresort.com/ dan engkorang akan jumpa pakej2 yg engkorang rasa sesuai.
 Ok lah, jumpa lagi....







1 comment:

Alif said...

menarik jugak ek tempat ni.... tapi bayaran masuk dia agak mahal la... berbaloi ker??

anyway.. staff2 dia pose mengancam... hahahha... kompius itu staff ker atau model..

regard,
ammi