Sunday 31 July 2011

Makan - Marina Sea Horse Bistro II

1 comments
30hb Julai 2011, sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa, saya dengan teman2 yang lain berhasrat nak enjoy....kali ni destinasi kitaorang Miri......

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang agak best juga yg terletak kira2 5 minit dari Pusat Miri. Kali ni member kitaorang Ken H bawa gi tempat makan Marina Sea Horse Bistro II .Tempat ni bersebelahan dengan ParkCity atau berhadapan dengan sekolah Chung Hwa...atau kalau ada nampak Jalan Holiday, sure jumpa..Kalau tak jumpa, rajin2 bertanya ye..


Diatas ada lah hotel tapi kurang pasti pula bertaraf berapa bintang. Kalau takde keta sendiri, rasa2nya tak sesuai tinggal kat sini tapi kalau nak privacy...silakan...
Masa sampai kat sini, keadaan agak sunyi dan tak ramai pengunjung. Agaknya dorang belum dapat gaji atau mereka lebih suka gi tempat yg agak mahal..maklum dah dapat gaji hehe. Suasana kat sini agak tenang, sesuai lah untuk santai2.
Makanan yg ada kat sini, seafood ada, pasta ada, dan wajib cuba ikan bakar dan ayam gorengnya yang sememangnya pegghhhh!!!!!

Ikan bakar....nasib yang ni tak banyak tulang. Kalau ada ikan pari lagi dap dap dap...




"carbonera"


Nasi goreng kampung...RM8...sker sker sker ( suka )

Ayam goreng yang menyelerakan.....slurp!!!

Ice lemon tea, wheetgrass with lemon and 3 sour...sungguh menyegarkan



Inilah wajah2 kesayangan hamba...

oklah tu je yang nak saya kongsikan. Memandangkan bulan puasa menjelang tiba, nanti saya akan share benda lain pula tapi tetap berkaitan dgn MAKAN..hehehe...Maklumlah, bulan puasa ni banyak juadah yang sangat dap dap ( sedap ). Buat teman2 kat Malaysia, Selamat Berpuasa... geng2 kat Brunei akan mula berpuasa pada hari Selasa 02 Ogos 2011.

Thursday 28 July 2011

Pantai Seri Kenangan, Tutong

4 comments
Pada 24 July 2011 lepas, "the busybody committee" telah meng-organized satu event untuk Design's family. Destinasi kali ni ialah di Pantai Seri Kenangan di daerah Tutong. Boleh dikatakan salah satu tempat menarik untuk beriadah bersama famili pada hujung minggu yang terdapat di daerah Tutong. Jarak untuk sampai ke tempat ni ialah kira2 35km dari Bandar Seri Begawan. Kalau salah, tolong betulkan k...

Seawal jam 6.30pagi saya dan Fairul dah sampai kat salah satu pondok kita memulakan operasi. Kena booked awal2 kalau tak, memang penuh lah. Pagi tu memang sangat sejuk kerana angin pagi memang sejuk...kalau pekena kopi panas best juga tapi masa tu memang tak bawa apa2 lah. Dlm fikiran cuma nak booking tempat je. Tak lama kitaorang sampai, ada juga orang lain yang datang awal mcm kita orang utk book tempat.

Tepat jam 0745pagi "ahli keluarga" yg sepatutnya datang awal pun sampai dari daerah Kuala Belait. Benda pertama yg harus dibuat, nyalakan api...yelah, kalau lambat, lambat lar nak start bbq.....




Ni lah tempat kitaorang hari tu....nasib baik tong sampah disediakan. Air, kena ambik tak jauh dari tempat kitaorang ni...

Ada chicken wing, lamb, ikan terubuk dan paling peberet...jagung bakar..memang peghhh lar....

Selain bbq, disini disediakan juga tempat permainan untuk kanak2...restoran pun ada juga




Bila pergi pantai, kalau tak swimming memang tak sah. Tapi air yang terdapat di Brunei ni tak lah "blue" mcm yang kat Sabah atau Pulau Perhentian atau Phuket atau tmpt2 yg sewaktu dengannya. Tapi tu bukan penghalang untuk main air. Tapi hati2 tau, ombak agak ganas juga. So kena pandai2 jaga diri...



Kalau taknak berenang boleh "torai" main AVT. Harga sewa untuk 12 minit ialah BN5.00. Best juga main ni kalau ramai2 tapi hati2, kalau lost control boleh tergolek dibuatnya. Tapi nasib baik time kitaorang hari tu, takda apa2 buruk berlaku.




Overall, everyone had fun during that time. Time saya tak berapa puas hati sebab makan kena control sebab masih batuk time tu...emm nak buat macam mana but there will be always next time. Thanks to everyone yang supporting !!!!! We are family.....

Friday 15 July 2011

kempen BERSIH

1 comments
15hb July 2011...adalah ulangtahun Sultan Brunei yang ke 65 tahun. So, its public holidayyyyy.Sepanjang bulan ni banyak aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan sambutan ulangtahun Sultan Brunei. Nanti kalau saya ada kesempatan utk berada disalah satu tempat sambutan tu, saya akan share ngan y'all k... Time macam ni orang lain ambik kesempatan bercuti keluar negeri tapi saya memilih utk stay di negara sendiri. Cuti2 Brunei...sambil tu save budget....*nak pergi situ sini...nak beli itu ini...

Activitiy hari ni....kempen memBERSIH bilik orang bujang ahakzz....bilik bersih jiwa tenang...tak gitu...??

Tuesday 12 July 2011

Jiwang-jiwang....

3 comments
Buat masa ani, inda ada yang kan di story BUT i would like to share three videos...

Yang pertama daripada Alyah - Kisah Hati....sungguh menusuk "qalbu" kalau dihayati liriknya. Harap2 masuk final untuk Anugerah Juara Lagu yang ke 26 and yang paling penting....I WANT TO BE THERE...


Pendatang baru, si manishh Queenera @ Nera...orang dari Negeri Di Bawah Bayu.....Kalau dpt masuk semi final AJL pun puas hati lar ( walaupun tak masuk final masa kat Akademi Fantasia 9 ). Lagu yang paling best diantara yang ada di AF9...Hatimu Milikku



Not forgetting these superwomen....Ning Baizura, Shila Hamzah dan Jaclyn Victor....huh, ada fight ...Beribu Sesalan

Opps...kiranya, malam ni malam jiwangz2...layan.....Enjoy...

Monday 11 July 2011

Makan2 di ParkCity Miri, Sarawak Part2

3 comments
Ha!! ni la ParkCity Hotel ni. Kalau nak tau lokasinya, rajin2 ler google..hehe sowie.... Hotel ni agak sesuai juga sekiranya nak rehat2 time2 hujung minggu....Tak sampai RM200 pun.  Masa sampai kat sini, saya tak melepaskan peluang untuk "klik2" ( practise make perfect kan....). Gmabar sunset ni, personally, i loikeee....



Amacam? ok tak??







Jangan lupa try seafood buffet kat sini yang berharga RM56 seorang...tapi time tu saya tak berapa ada selera nak makan sebab excited sangat nak "klik2" sana sini. Thanks buat members yang sudi jadi model pada malam tu...




Ini lah sebahagian dariapada wajah "kesayangan" hamba .

......emmm tak tau bila dapat gathering lagi macam ni di Miri. Bagi saya, takde aktiviti lain yang boleh dibuat kan Miri selain daripada makan ( seafood especially ) dan clubbing ( opps not for me ...)... Jumpa lagi ^_^



Sunday 10 July 2011

Makan2 di ParkCity Miri, Sarawak Part1

4 comments

Hai....first of all, terima kasih kerana sudi singgah jap kat blog saya ni....ala...saya budak baru nak belajar, so minta maaf lah kalau byk kekurangan...

Sebagai permulaan, saya nak share dgn you all "happy hours" kitaorang masak dinner kat Miri baru2 ni.

Ini adalah kawalan pos Malaysia




Sampai je kat Miri, kitaorang check in kat Imperial Palace hotel yang letak nya tak jauh daripada Grand Palace Hotel atau club yang tidak kurang femes nya, Cherrie Berries.


Harga bilik ni RM145 semalam. Bersih dan yang paling penting ada WIFI
 
Ni lah mini swimming poolnya...Kena pakai jenis pakaian yang telah ditetapkan






Ada gym...



Ni nak gi yamcha jap sebelum gi dinner



Lepas ni nak share ngan you all apa ada kat ParkCity...tunggu tau..