Sunday 31 July 2011

Makan - Marina Sea Horse Bistro II

30hb Julai 2011, sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa, saya dengan teman2 yang lain berhasrat nak enjoy....kali ni destinasi kitaorang Miri......

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang agak best juga yg terletak kira2 5 minit dari Pusat Miri. Kali ni member kitaorang Ken H bawa gi tempat makan Marina Sea Horse Bistro II .Tempat ni bersebelahan dengan ParkCity atau berhadapan dengan sekolah Chung Hwa...atau kalau ada nampak Jalan Holiday, sure jumpa..Kalau tak jumpa, rajin2 bertanya ye..


Diatas ada lah hotel tapi kurang pasti pula bertaraf berapa bintang. Kalau takde keta sendiri, rasa2nya tak sesuai tinggal kat sini tapi kalau nak privacy...silakan...
Masa sampai kat sini, keadaan agak sunyi dan tak ramai pengunjung. Agaknya dorang belum dapat gaji atau mereka lebih suka gi tempat yg agak mahal..maklum dah dapat gaji hehe. Suasana kat sini agak tenang, sesuai lah untuk santai2.
Makanan yg ada kat sini, seafood ada, pasta ada, dan wajib cuba ikan bakar dan ayam gorengnya yang sememangnya pegghhhh!!!!!

Ikan bakar....nasib yang ni tak banyak tulang. Kalau ada ikan pari lagi dap dap dap...




"carbonera"


Nasi goreng kampung...RM8...sker sker sker ( suka )

Ayam goreng yang menyelerakan.....slurp!!!

Ice lemon tea, wheetgrass with lemon and 3 sour...sungguh menyegarkan



Inilah wajah2 kesayangan hamba...

oklah tu je yang nak saya kongsikan. Memandangkan bulan puasa menjelang tiba, nanti saya akan share benda lain pula tapi tetap berkaitan dgn MAKAN..hehehe...Maklumlah, bulan puasa ni banyak juadah yang sangat dap dap ( sedap ). Buat teman2 kat Malaysia, Selamat Berpuasa... geng2 kat Brunei akan mula berpuasa pada hari Selasa 02 Ogos 2011.

1 comment:

farahler said...

sedappp...bila la nak smpai sbah sarawak ni...boleh bah kalo ko..kiki bahhh...