Monday 31 October 2011

Yok Bandung Yok bersama Haiza..Hari Ketiga

Hari ketiga berada di Bandung. Hari ni shopping habis-habisan sebab keesokkan harinya dah kena balik dah. Hari ni plan nak gi Pasar Baru, Rumah Tas dan Trans Studio.
Lepas breakfast kitaorang terus menuju ke rumah Tas.

 Ini lah rumah tas....sesuai lah utk kakak2....utk lelaki ada juga tapi tak lah sebanyak utk kaum Hawa...beg2 kat sini agak murah dan berpatutan...225000-700000 rupiah dah boleh dapat dah...

sempat posing lagi tu....


Lepas ni gi pula tempat Pasat Baru....jom tengok apa ada kat sana...


Kat Pasar Baru ni, jgn takut sesat sebab sini ada servis paging..haha kitaorang pun terkena juga....siap paging "siput1 dan siput 2 "...tak lupa juga paging utk "ibu Haiza dag dig dug" ...mau nya tak gelak awek tukang paging tu..hehehe..apa2 pun semua tu kenangan manis.

Lepas dah habis berbelanja apa yang patut, kitaorang gi makan kat Palm Sundanese Restaurant. Kali ni makan masakkan ala Sunda. Rasanya manis2 pedas. Nasib baik kat sini ada wifi..



Lepas makan, kitaorang gi happy hours kat Trans Studio, sebuah indoor theme park yang terbesar. Mmg sengaja kitaorang pilih weekdays supaya tak ramai. Kalau hujung minggu, memang ramai orang lar. Weekdays tak perlu beratur panjang utk mencuba permainan yang ada kat sana.
Tiket masuk ke Trans Studio ialah

Isnin - Jumaat = 150,000 rupiah
Sabtu - Ahad = 200,000 rupiah

Selain tu, kena beli kad Mega Cash yg berharga 10,000 rupiah. Dua orang boleh berkongsi menggunakan satu kad Mega Cash dan ianya berfungi mcm Debit Cash. Ini kerana tak semua benda kat dlm tu boleh menggunakan cash. So kena top up sendiri lah debit card tu kat kaunter berdekatan.












Aktiviti terakhir kitaorang lepas tu ialah karoks kat Inul Vista di Paris Van Java. Mmg best lar mlm tu...poco2...cucak rowo...Deezoul tak ketinggalan menghancurkan lagu orang..hehehe





sumbang2 dpt juga markah 90+....jgn mare

Inilah kat Mazita dari Plus and Plus Travel and Tour...Gmbr kenangan ketika sampai kat LCCT

Overall memang best lar percutian kali ni ke Bandung bersama geng2 baru yang sekepala. Ohh jgn tak tau, Deezoul sorang jer orang Brunei . Mereka semua sangat sporting dan baik.....haippp tak usah kembang kan hidung tu hehehe. Lepas ni kitaorang nak bercuti bersama lagi. Masih dalam perbincangan utk memilih destinasi seterusnya....Jumpa lagi uols

1 comment:

Alif said...

wahh... abg deezoul nyanyi memang la 90% sebab sedap... ammi dah dengar dah.. heheh...

next time boleh la kalau ammi nak join jugak sebab ammi pun suka geng2 sekepala ni..

regard,
ammibear.com